BeritaProgram

TUANKU MUHRIZ: Negeri Sembilan catat pelaburan RM5.8 bilion, melebihi sasaran

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya mencatat pelaburan RM5.8 bilion iaitu melebihi sasaran RM5 bilion dengan lebih 3,000 peluang pekerjaan dapat ditawarkan.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, peningkatan daya saing negeri ini sebagai destinasi pelaburan pilihan juga perlu difokuskan terhadap usaha menambah baik ekosistem serta persekitaran perniagaan.

“Dalam hal ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memastikan kawasan perindustrian sentiasa diselenggara dan berada dalam keadaan kondusif bagi memenuhi keperluan operasi sesebuah perusahaan.

“Persekitaran mesra digital serta penggunaan automasi dan teknologi tinggi boleh menjadi tarikan kepada pelabur untuk beralih
daripada industri berintensifkan buruh kos rendah kepada industri berteknologi tinggi.

“Di samping itu, ia boleh memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan negeri ini dan seterusnya berupaya untuk mengurangkan penggunaan tenaga buruh asing,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Persidangan Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 pada Isnin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button