Berita
Tujuh pelajar IPT terima komputer riba daripada Nasir
BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman telah menyerahkan sumbangan komputer riba kepada tujuh orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Nasir berkata, sumbangan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk membantu anak negeri ini dalam pelajaran.
“Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka menjadi pelajar yang cemerlang,” kata Nasir.