
Pejabat Parlimen Port Dickson akan membuka peluang kepada warga Port Dickson untuk menjalani ujian Antigen RTK Covid-19.
Ini merupakan salah satu ikhtiar bagi meringankan beban rakyat dan mencegah penularan wabak Covid-19.
Inisiatif ini mendapat kerjasama Selgate Corporation Sdn Bhd dengan bayaran serendah RM30 sahaja.
Tarikh bagi menjalani ujian ini akan dimaklumkan kelak.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pd132.wasap.my.
Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan www.parlimenpd.com