Berita

Unit Sanitasi DAP menjalankan operasi nyah kuman di restoran dan kawasan perumahan

BUKIT KEPAYANG: Unit Tindakan Sanitasi DAP Negeri Sembilan telah menjalankan operasi nyah kuman di sebuah restoran di Taman Oakland dan sebahagian kawasan perumahan di Taman Bukit Galena.

ADUN Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon berkata, kedua-dua tempat ini dilaporkan ada kes positif Covid-19 dan beliau berharap dengan operasi sanitasi ini ianya dapat membantu memastikan premis perniagaan dan kawasan perumahan ini lebih selamat.

“Jika ada ahli keluarga yang disahkan positif Covid-19, jangan cemas. Laporkan melalui MySejahtera dan jalankan kuarantin di rumah untuk kategori B.

“Jika perlukan bantuan makanan, minta bantuan dari jiran, keluarga ataupun kawan untuk bantu beli dan letak di hadapan pagar.

“Janganlah keluar dari rumah dan merayau di merata tempat. Kita perlu bekerjasama dan memutuskan rantaian Covid-19,” kata Nicole.

Nicole berkata, jika ada kawasan yang perlu disanitasi, orang ramai boleh menghubungi pasukan Unit Tindakan Sanitasi DAP Negeri Sembilan di talian 013-331 7889 atau Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Kepayang di talian 012-362 1072.

Show More

Related Articles

Back to top button