Berita

Unit Tindakan DAP Bahau jalankan operasi sanitasi awam di DUN Serting

SERTING: Kerjasama erat Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli dengan ADUN Bahau, YB Teo Kok Seong dapat diperlihatkan apabila operasi sanitasi awam di DUN Serting dikendalikan oleh Unit Tindakan DAP Bahau.

Abdul Rahman berkata, YB Teo membantu beliau dengan menggerakkan Unit Tindakan DAP Bahau bagi menjalankan operasi sanitasi awam nyah kuman di Rumah Orang Tua Mahsan dan Kampung Ladang Geddes.

“Terima kasih kepada YB Teo atas bantuan kerja sanitasi awam nyah kuman di DUN Serting,” ujar Abdul Rahman.

Sementara itu Teo pula menasihatkan orang ramai agar mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Show More

Related Articles

Back to top button