Berita

Unit Tindakan Sanitasi DAP gempur DUN Seremban Jaya

SEREMBAN JAYA: Berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini, ADUN Seremban Jaya telah mengambil satu langkah proaktif dengan menjalankan operasi sanitasi (nyah kuman) di kawasan perumahan dan deretan kedai di DUN Seremban Jaya petang kelmarin.

Gunasekaren berkata, DAP Negeri Sembilan telah membentuk dua pasukan yang dipanggil Unit Tindakan Sanitasi DAP Negeri Sembilan yang akan membantu DUN yang memerlukan bagi menjalankan operasi sanitasi.

“Petang kelmarin dua pasukan yang diketuai oleh Bendahari DAP Negeri Sembilan, Saudara Desmond telah menjalankan operasi sanitasi di Taman Seremban Jaya (Fasa 9), Taman Bukit Sri Senawang dan Kampung Baru Rahang.

“Operasi sanitasi ini dijalankan secara percuma untuk penduduk setempat dan merupakan langkah pengawalan penularan wabak Covid-19.

“Ini sebagai salah satu langkah bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” jelas Gunasekaren.

Gunasekaren berkata demikian, selepas melancarkan Operasi Sanitasi DUN Seremban Jaya yang dilancarkan oleh Ahli Parlimen Rasah dan Setiausaha DAP Negeri Sembilan, YB Cha Kee Chin.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Pengerusi MPKK Kampung Baru Rahang, Encik Liew.

 

Show More

Related Articles

Back to top button