Aktiviti

Usaha petani muda di Tampin dapat perhatian Veerapan

REPAH: Usaha seorang pemuda, M.Saravanan, 35, yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran mendapat perhatian ADUN Repah, YB S.Veerapan.

“Saya melawat ke tapak pertanian ini di Keru, Tampin. Tanah ini disewa oleh Saravanan untuk menjalankan aktiviti pertanian dan perternakan.

“Jenis tanaman yang ditanam di tapak ini adalah bendi, terung, jagung, cili dan pelbagai sayur-sayuran lain. Di samping itu, beliau juga menternak kambing dan lembu.

“Saya akan membantu usaha pemuda ini dengan mendapatkan bantuan kewangan dari Insentif Petani Muda seperti mana yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar pada pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini,” kata Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan.

Show More

Related Articles

Back to top button