Berita

Ustaz Suhaimi santuni 18 keluarga Orang Asal di Kampung Sungai Machang Ulu

LENGGENG: ADUN Lenggeng, YB Ustaz Suhaimi Kassim telah menyantuni 18 keluarga Orang Asal Suku Temuan di Kampung Sungai Machang Ulu dekat sini.

“Saya menghulurkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 18 keluarga Orang Asal (Asli) Suku Temuan di Kampung Sungai Machang Ulu.

“Untuk makluman 18 keluarga Suku Temuan ini sudah meneroka kawasan penempatan ini hampir 40 tahun tanpa keperluan asas seperti bekalan elektrik dan air paip.

“Alhamdulillah pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menyediakan keperluan air bersih melalui tangki sementara untuk kegunaan harian mereka.

“Saya akan bawa isu bekalan elektrik dan air paip ke peringkat atasan, berbincang bersama Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Ismail Ahmad bagi menyelesaikan masalah yang sekian lama dihadapi oleh penduduk di sini,” kata Ustaz Suhaimi.

Show More

Related Articles

Back to top button