Berita

Ustaz Suhaimi santuni masyarakat Orang Asal di Pantai

LENGGENG: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya termasuk masyarakat Orang Asal.

Pandemik Covid-19 turut memberi kesan kepada masyarakat Orang Asal yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Justeru, ADUN Lenggeng YB Suhaimi Kassim menyantuni 86 keluarga Orang Asal di Kampung Orang Asli Kolam Air dan Kampung Orang Asli Ngoi Ngoi, di Pantai dekat sini.

“Saya menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 86 keluarga di dua perkampungan ini.

“Dengan bantuan ini, diharapkan dapat meringankan beban keluarga ini dalam menghadapi wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan ini.

“Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 dengan peruntukan RM5 juta baru-baru ini,” kata Ustaz Suhaimi.

Show More

Related Articles

Back to top button