Berita

Vaksin Covid-19: Kerajaan Negeri bantu daftarkan golongan yang tidak mempunyai jaringan internet

Setakat 8 Jun seramai 499,844 orang telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin Covid-19

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan berusaha mendaftarkan lebih ramai golongan yang tidak mempunyai jaringan internet bagi menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, setakat 8 Jun seramai 499,844 orang telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Seramai 92,129 orang telah menerima dos pertama dan 59,986 orang telah menerima dos kedua.

“Kerajaan Negeri berharap jumlah pendaftaran dapat dipertingkatkan dan kita melalui pemimpin akar umbi seperti MPKK turut berusaha membantu mendaftarkan golongan yang tidak mempunyai jaringan internet.

“Kerajaan Negeri maklum kerisauan rakyat berkenaan kelewatan pemberian vaksin. Walaubagaimanapun, Fasa 2 ini mengutamakan penduduk yang mempunyai kes morbiditi yang banyak (berpenyakit).

“Fasa 3 yang bermula hujung bulan ini akan menyasarkan rakyat yang tidak mempunyai penyakit,” jelas Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button