Berita

Vaksin Covid-19: MPKK DUN Gemencheh berjaya daftar 151 warga emas

GEMENCHEH: Demi menyahut seruan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan; Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abdul Latif A.Tambi telah menggerakkan seluruh MPKK di DUN Gemencheh bagi mendaftarkan warga emas untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Ramai warga emas masih belum mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin Covid-19. Ini disebabkan mereka tidak tahu menggunakan aplikasi MySejahtera dan ada sebahagiannya pula tidak mempunyai kemudahan internet untuk mendaftarkan diri secara online.

“Justeru, saya telah meminta pengerusi dan setiausaha MPKK di DUN Gemencheh membantu mendaftarkan golongan ini.

“Hasil usaha MPKK DUN Gemencheh, sebanyak 151 borang pendaftaran vaksin Covid-19 telah diserahkan kepada Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Gemencheh, Dr.Anis Salwa Amin.

“Semoga dengan usaha ini, ianya dapat membantu memutuskan rantaian pandemik Covid-19 ini,” ujar Abdul Latif.

Kelmarin, Negeri Kita memetik kenyataan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, bahawa Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sedang berusaha mendaftarkan lebih ramai golongan yang tidak mempunyai jaringan internet bagi menerima suntikan vaksin Covid-19.

Aminuddin juga sebelum ini menggesa lebih ramai rakyat Negeri Sembilan mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin Covid-19.

Show More

Related Articles

Back to top button