Berita

Suntikan vaksin Covid-19 di Negeri Sembilan bermula hari ini

Negeri Sembilan mempunyai 37 pusat vaksin (Klinik Kesihatan)

SEREMBAN: Vaksin Covid-19 telah tiba di Negeri Sembilan dan suntikan akan diberikan kepada ‘frontliners’ bermula hari ini (25 Februari); kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Bagi fasa pertama, Negeri Sembilan mempunyai 37 pusat vaksin (Klinik Kesihatan) yang akan memberikan vaksin tersebut kepada ‘frontliners’.

Frontliners yang terlibat adalah petugas Kementerian Kesihatan, polis, askar, Angkatan Pertahanan Malaysia, RELA dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Saya juga akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Sains dan Teknologi berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada 1 Mac ini,” kata Aminuddin.

Mengulas peningkatan kes Covid-19 di Negeri Sembilan, Aminuddin berkata, kebanyakan kes baharu dikesan di sektor perindustrian.

“Peningkatan tersebut adalah disebabkan sektor tersebut diarahkan untuk menjalani saringan wajib

“Untuk makluman, 60 peratus pekerja perindustrian telah disaring

“Namun, kes baharu dalam komuniti terkawal pada masa ini.

“Kerajaan Negeri juga ingin mengucapkan terima kasih kepada persatuan NGO yang turut berusaha meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat berkenaan risiko Covid-19,” ujar Aminuddin yang juga ADUN Sikamat.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button