Berita

VEERAPAN: 735 penduduk Felda Bukit Rokan sudah divaksin

TAMPIN: Seramai 735 penduduk Felda Bukit Rokan sudah menerima dos pertama menerusi Program Vaksinasi Bergerak Daerah Tampin.

Exco Kesihatan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam berkata, Program Vaksinasi Bergerak merupakan pendekatan yang lebih efektif dan sangat membantu terutamanya bagi penduduk luar bandar, golongan warga emas dan mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin yang ditetapkan.

“Pasukan Vaksinasi Bergerak ini terdiri daripada seorang pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan serta sukarelawan bagi memberikan vaksin secara bergerak ini,” ujar Veerapan.

Veerapan berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Felda Bukit Rokan, kelmarin.

Menurut Veerapan lagi, pasukan pemberian vaksin ini tetap mematuhi segala SOP yang ditetapkan semasa menjalankan kewajipan yang digariskan serta melakukan pemerhatian kepada setiap penerima vaksin selama 15 hingga 30 minit (selepas suntikan vaksin) bagi memeriksa tanda awal penerimaan vaksin.

“Terima kasih kepada petugas Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Majlis Daerah Tampin, Pejabat Daerah Tampin, ‘frontliners’ dan sukarelawan yang menjayakan usaha Kerajaan Negeri Sembilan ini,” kata Veerapan.

Veerapan juga berkesempatan beramah mesra dengan petugas dan penerima vaksin di PPV tersebut.

 

Show More

Related Articles

Back to top button