Berita

Veerapan agih bantuan makanan kepada 250 keluarga terkesan Covid-19

REPAH: ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam telah mengagihkan bantuan bekalan makanan kepada 250 keluarga yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

“Ini adalah bantuan makanan kali ketiga pada tahun ini kepada 1,500 keluarga di DUN Repah.

“Pada bulan Jun dan Julai seramai 1,500 keluarga telah bantuan menerima bakul makanan termasuk dari Kerajaan Negeri Sembilan.

“Oleh kerana SOP yang ketat perlu dipatuhi, maka untuk minggu ini, sebanyak 250 pek makanan telah selesai diagihkan.

“Baki 1,250 keluarga akan menerima bantuan ini secara berperingkat-peringkat,” jelas Veerapan.

Veerapan mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Food Bank Tampin, yang sering bekerjasama dalam semua aktiviti kebajikan yang dilaksana untuk kepentingan masyarakat DUN Repah.

Show More

Related Articles

Back to top button