Berita

Veerapan ajak industri peruncitan menyokong Food Bank

SEREMBAN: Exco Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam yang juga Pengerusi Jawatankuasa N9 Foodhub telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Food Aid Foundation (FIF) Cheras bagi meninjau bagaimana pelaksanaan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pengagihan Makanan dilaksanakan di Kuala Lumpur.

“Pengasas FIF, Encik Rick Chee telah berkongsi pengalaman dalam menjalankan inisiatif serta cabaran yang dihadapi sepanjang FIF ditubuhkan sehingga hari ini.

“Food Bank merupakan salah satu inisiatif peduli rakyat dalam membantu golongan kurang berkemampuan meringankan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan di pelbagai peringkat khususnya industri peruncitan,” kata Veerapan yang juga Exco Koperasi, Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri Sembilan.

Lawatan ini juga turut disertai oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri dan ADUN Sri Tanjung, Dato’ M.Ravi dan Penyelaras Jawatankuasa N9 Food Hub dan ADUN Rahang, YB Mary Josephine Prittam Singh serta Presiden SWO, Puan Caroline Adrian.

Veerapan berkata, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah memperuntukan sebanyak RM100 ribu pada tahun 2020 dan 2021 bagi inisiatif Food Bank bagi memastikan semua rakyat mempunyai akses kepada makanan sekaligus menangani isu kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh setiap pengguna.

“Program ini juga selari dengan matlamat United Nations Sustainable Development Goals (SDG) iaitu berupaya untuk mencapai pengurangan 50 peratus daripada lebihan makanan (Food Waste) keseluruhan yang dikeluarkan oleh industri peruncitan dan pengguna pada tahun 2030.

“Besarlah harapan Kerajaan Negeri Sembilan agar lebih banyak syarikat swasta, industri peruncitan dan hotel akan tampil untuk menyokong pelaksanaan N9 Food Hub dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik yang sedia ada yang menyokong N9 Food Hub dan membantu mengurangkan pembaziran makanan di Negeri Sembilan,” ujar Veerapan yang juga ADUN Repah.

Show More

Related Articles

Back to top button