Berita

Veerapan: Bagaimana isu Gatco bermula?

Bahagian 2

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (National Union of Plantation Workers – NUPW) telah mengerakkan, mengumpulkan dan juga membawa ahli-ahli mereka dari seluruh Malaysia dengan mengenakan bayaran RM7,600 untuk menjadi peserta bagi Bukan Bumiputra dan bayaran RM4,000 pula dikenakan untuk peserta Bumiputra dalam skim ini.

Pada semua masa yang berkenaan itu, setiap keluarga dijanjikan bahawa mereka akan diberikan satu ekar tanah untuk mendirikan rumah dan 10 ekar tanah untuk menanam tebu. Tetapi, penanaman tebu telah gagal pada masa itu. Keseluruhan penduduk adalah berjumlah 420 orang yang terdiri dari pecahan kaum seperti berikut: 265 orang India, 120 orang Melayu dan 30 orang Cina.

Pada peringkat awal (Fasa 1) iaitu pada tahun 1977 sehingga 1979, telah bermula pembinaan rumah untuk lebih kurang 200 orang. Seterusnya, penanaman pokok getah telah dimulakan pada tahun 1981. Pada masa itu, anak pokok getah ini DIBELI oleh Syarikat GATCO dengan pinjaman dari Bank of Commerce (sekarang di kenali sebagai CIMB) dan Syarikat GATCO mengunakan perkhidmatan peserta untuk menanam anak pokok getah tersebut dengan membayar gaji kepada perserta.

Pada tahun 1983 sehingga 1985 peringkat kedua (Fasa 2) bermula untuk pembinaan rumah untuk baki 220 orang tetapi hanya 202 orang berjaya menduduki lot perumahan dan baki 18 lot perumahan adalah kosong.

Setelah 13 tahun beroperasi, GATCO menawarkan untuk memindah milik tanah yang dipajak daripada PKNNS kepada pekerja syarikat GATCO.

Pada tahun 1989, GATCO telah digulungkan/dibankruptkan oleh seorang kontraktor pembersihan hutan dan semak samun yang dikenali sebagai Karupanan apabila GATCO gagal membayar sejumlah wang RM300,000 (Jumlah yang dikatakan hutang Gatco kepada Kontraktor) untuk kerja-kerja pembersihan yang telah dilakukan oleh beliau melalui perintah Mahkamah.

Adakah ini penggulungan syarikat Gatco dirancang oleh NUPW itu sendiri atau pun pengurusan yang tidak cekap menjadi persoalan juga.

Kemelut meruncing pada tahun 1992 apabila GATCO diletakkan di bawah firma Arthur Andersen & Co akibat masalah hutang. Akhirnya pada tahun 1998, mahkamah mengarahkan agar segala aset GATCO dilikuidasi kerana tidak mampu melunaskan hutang yang ditanggung.

Kenapa MIC gagal selesaikan pada masa itu?

Selepas GATCO digulungkan maka tiada syarikat pengurusan yang berkuatkuasa pada masa itu. Pada masa tersebut juga ada masalah dalaman dalam NUPW iaitu ada Team A dan Team B yang diketuai oleh PP Narayanan dan B Perumal masing-masing. Berlaku perpecahan dalam NUPW. Kebanyakkan ahli NUPW ini terdiri dari ahli MIC pada kesemua masa yang berkenaan.

Persoalannya……Kenapa MIC tidak selesaikan pada masa itu? Adakah kemungkinan melaksana ‘pecah dan perintah’ ke atas peserta Gatco pada masa itu?

Dalam pada itu, pihak pengurusan juga tidak dapat membayar pinjaman yang dibuat daripada pihak Bank of Commerce (kini dikenali sebagai CIMB). Memandangkan, terdapat Non Payment Loan (NPL), maka pihak bank telah menjual pinjaman ini kepada Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta). Untuk Pengetahuan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta) adalah sebuah GLC kepunyaan Kerajaan Persekutuan pada masa itu.

Untuk mendapatkan semula pinjaman yang diberikan kepada GATCO pada masa yang berkenaan, DanaHarta telah membuat keputusan untuk melelongkan Tanah GATCO seluas lebih kurang 3,993 ekar. Untuk tujuan itu, Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta) telah melantik pelikudasi Jayapalasingam Kandiah and Yong Yoon Shing. Sejurus selepas itu, Pelikudasi tersebut telah melantik peguam untuk melelongkan tanah yang berkenaan.

Peneroka menceroboh masuk

Pada 20 Februari 1991, keadaan ini pula dikeruhkan sendiri oleh peneroka Gatco sendiri apabila sekumpulan yang terdiri daripada 46 ke 50 orang peneroka Gatco telah menceroboh masuk (Ini adalah juga antara orang-orang yang menuntut di Mahkamah) dan mengambil milik tanah lapan ekar tanpa mengukur kawasan keluasan tersebut.

Mereka ini menceroboh masuk kawasan ladang getah tersebut atas alasan bahawa mereka telah usahakan tanah tersebut dan adalah menjadikan hak mereka untuk mengambil hasil dari tanah ladang getah tersebut. Baki peneroka dari kalangan orang India menunggu apa yang akan berlaku dan manakala orang Melayu tidak berani menceroboh tanah tersebut kerana kata mereka “Haram menceroboh Tanah Orang yang belum menjadi milik mereka pada masa itu”.

Selepas empat tahun, kumpulan orang yang bakinya menunggu keputusan daripada pengurusan GATCO telah putus asa dan mereka pun mula menceroboh tanah tersebut pada tahun 20 November 1995.

Peneroka Gatco yang menceroboh masuk tanah ladang getah tersebut ada juga di antara mereka yang mengambil 20 ekar sehingga 30 ekar seorang yakni 200 orang mengambil hak yang tidak wujud pada masa itu yang boleh dibahagikan kepada 400 peneroka. Malah ada juga dikatakan di antara mereka yang masuk mahkamah, mengambil tanah sehingga 50 ekar seorang.

Kata Mahatma  Gandhi

The world is big enough to satisfy everyone’s needs, but will always be too small to satisfy everyone’s greed

(Bersambung esok)

YB Veerapan Superamaniam

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan

ADUN Repah

17 Disember 2020

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button