Berita

Veerapan dan Latif turun padang tangani isu pencemaran

GEMAS: Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam dan Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi bersama pegawai peguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengadakan satu pemeriksaan mengejut ke atas sebuah kilang memproses minyak sawit di Gemas kelmarin.

Veerapan berkata, pihaknya mendapat aduan dari orang ramai terhadap kilang tersebut yang mengeluarkan asap hitam.

“Hasil perbincangan, pihak kilang diberi notis selama lima hari untuk membaik pulih atau selenggara, agar boleh beroperasi tanpa mengeluarkan asap hitam.

“Sementara menunggu proses baik pulih ini selesai, pihak kilang dibenarkan memproses buah sawit di kilang dengan kadar 70 tan metrik per jam.” kata Veerapan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Dr.Hasan Baharom dan Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aisyah Seman@Othman.

Show More

Related Articles

Back to top button