Berita

VEERAPAN: Derma darah bantu selamatkan nyawa

SEREMBAN: Exco Kesihatan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Kutipan Darah Negeri Sembilan (PKDNS) yang menjalankan beberapa langkah bagi meningkatkan bekalan darah di negeri ini.

Veerapan berkata, PKDNS telah mengadakan kempen atas talian dan mengalakkan sukarelawan untuk kunjung ke Unit Tabung Darah Hospital setiap daerah di Negeri Sembilan.

“Trend penurunan stok darah amat membimbangkan dan boleh menjejaskan keupayaan dalam merawat pesakit kritikal dan berpenyakit kronik.

“Di Negeri Sembilan, secara kasarnya terdapat penurunan sebanyak 25 peratus stok darah daripada stok optimum darah semua kumpulan darah iaitu kumpulan A, B, AB dan O di Hospital Tunku Jaafar, Seremban,” kata Veerapan.

Menurut Veerapan, bekalan darah penting bagi membantu pesakit yang memerlukan termasuk pesakit kecemasan yang mengalami pendarahan di luar jangkaan seperti kes kemalangan, komplikasi semasa bersalin, bayi pramatang, thalassemia, kanser, kegagalan buah pinggang dan mereka yang perlu menjalani pembedahan kritikal, seperti pembedahan jantung, otak dan sebagainya.

“Tambahan pula, terdapat ramai pesakit Covid-19 yang mempunyai latar belakang penyakit kronik dan wanita hamil turut memerlukan transfusi darah.

“Setiap tabung darah perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) berdasarkan Garis Panduan Pencegahan dan Kawalan Semasa Aktiviti Pendermaan Darah bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 untuk meningkatkan keselamatan orang ramai,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button