BeritaMenarik

Kilang pembuatan peluru pertama Negeri Sembilan bakal dibangunkan

SEREMBAN: Sebuah kilang pembuatan peluru pertama di Negeri Sembilan bakal dibangunkan di Senaling.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, kilang pembuatan peluru berkaliber kecil itu akan diuruskan oleh syarikat Myaltyech Sdn. Bhd.

“Pembinaan kilang ini secara tidak langsung dapat membantu memenuhi kebergantungan Malaysia terhadap import produk bahan api.

“Ia juga dapat mengawal ketidaktentuan harga yang ditentukan oleh pengeluar bahan api dunia.

“Pembinaan kilang ini juga membolehkan banyak peluang pekerjaan ditawarkan sekaligus meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat setempat,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button