Berita

Veerapan: Empat dan dua ekar adalah tawaran terbaik untuk peserta Gatco

Bahagian akhir

Saya percaya mana-mana ahli politik dan orang biasa yang tidak arif berkenaan undang-undang negara ini tidak akan dapat mencabar pendapat dari segi undang-undang ini. Saya berterus terang bahawa keputusan empat (4) ekar dan dua (2) ekar ini adalah muktamad dan kekal.

Malah, ada pemimpin dari pentadbiran sebelum ini mempolitikkan isu ini semasa Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan hendak menyelesaikan isu GATCO secara adil dan saksama. Mereka sepatutnya berbangga sekurang-sekurang bahawa isu Gatco ini dapat diselesaikan oleh pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang.

Pandangan saya adalah dari segi fakta kes, undang-undang dan keperihatinan kepada penduduk Gatco. Saya cuma menyatakan kegagalan pentadbiran sebelum ini lah yang menyebabkan tanah ladang getah Gatco tidak dapat diselamatkan dari masuk ke lelongan awam.

Mereka mempunyai segala peluang untuk menahan hartanah itu ke lelongan awam. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta) yang merupakan sebuah GLC Kerajaan Persekutuan. Danaharta yang menyebabkan dan mengarahkan harta tersebut untuk dilelongkan melalui lelongan awam.

Sebelum itu, NUPW yang terdiri dari ahli MIC juga merupakan salah satu pihak yang bertangungjawab ke atas kehilangan yang sepatutnya mereka dapat dan seterusnya perpaduan peserta Gatco juga digagalkan oleh pemimpin MIC kerana memecahkan mereka kepada dua kumpulan yang berbeda pada masa itu.

Pentadbiran sebelum ini dan pihak MIC telah gagal bertindak seawal-awalnya sebelum hartanah itu dilelongkan menyebabkan Kerajaan yang ada pada masa ini  terpaksa akur pada undang-undang sedia ada.

Veerapan nasihat peserta Gatco terima tawaran Kerajaan Negeri

Ada juga pihak dari kumpulan kedua menyatakan bahawa pihak syarikat Tamarai Holding telah memberikan pilihan untuk membeli ke atas tanah tersebut.

Jadi, mereka mengandaikan bahawa mereka (peserta Gatco yang ke Mahkamah) ada hak, sebab itu syarikat itu memberikan pilihan untuk membeli kepada mereka. Tetapi, malangnya peserta-peserta tersebut dinasihati dengan salah dari segi undang-undang untuk tidak memilih untuk membeli walaupun diberikan peluang.

Maka, pilihan untuk membeli tersebut juga tamat dan tidak efektif lagi. Apakah yang ada pada masa ini untuk mereka?

Pilihan yang ada pada masa ini adalah untuk menerima apa yang ditawarkan kepada mereka oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sekarang.

Saya tertarik dengan kata Mahatma Ghandi “The truth can never be wrong, even if no one hears it”.

Saya harap sebahagian peserta Gatco yang kecil yang masih belum membuat keputusan, untuk terima apa yang ditawarkan dan akan mengubah pendirian untuk terima.

Sekian, terima kasih.

YB Veerapan Superamaniam

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan

ADUN Repah

24 Disember 2020

Show More

Related Articles

Back to top button