Berita

Veerapan hulur bantuan makanan kepada 1,500 keluarga terkesan Covid-19

REPAH: ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam telah mengagihkan bantuan bekalan makanan kepada 1,500 keluarga yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Veerapan berkata, setakat ini sebanyak 1,500 keluarga dari DUN Repah telah menerima barangan keperluan asas termasuk beras, minyak masak, tepung gandum, gula, susu pekat manis, sardin, ikan bilis, bawang merah, bawang putih, bihun, serbuk teh, garam, biskut, serbuk kopi, mee segera dan sepaket pelitup muka.

ā€œHampir setiap hari saya mendapat maklumat ada keluarga yang terputus bekalan makanan dan dikuarantin akibat Covid-19.

“Justeru, saya telah mengagihkan bantuan barangan keperluan dapur bagiĀ meringankan beban keluarga tersebut dalam menghadapi pandemik Covid-19,” ujar Veerapan.

Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan berkata, bantuan bekalan makanan ini diagihkan melalui MPKK, KRT, dan sukarelawan dari rumah ke rumah mengikut SOP yang ketat.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, yang menyumbang dana bagimembantu keluarga yang terkesan akibat Covid-19 di DUN Repah,” ulas beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button