Berita

Veerapan: Jadikan amalan derma darah sebagai budaya gaya hidup sihat

Selamat Hari Penderma Darah Sedunia disambut setiap tahun pada 14 Jun. Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan bertema ‘Give blood and keep the world beating’.

Sambutan tahun ini tentunya diraikan dalam suasana berbeza, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang sedang berkuatkuasa dalam usaha kita membendung peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Penderma darah perlu disanjung tinggi sebagai wira negara atas pengorbanan dan keikhlasan hati mereka yang menderma darah, serta masa dan tenaga mereka untuk menyelamatkan nyawa seseorang yang tidak dikenali.

Hari Penderma Darah Sedunia disambut bagi menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya menderma darah serta kebaikan terhadap diri sendiri. Kempen menggalakkan rakyat yang layak menderma darah ini perlu digandakan apatah lagi Pusat Darah Negara dan tabung darah di hospital di seluruh negara, sering berdepan dengan stok darah yang kritikal untuk digunakan oleh mereka yang memerlukan pemindahan darah.

Tambahan pula, penyediaan bekalan darah yang secukupnya amat penting semasa keadaan kritikal yang melanda pandemik kesihatan ini.

Walaupun semasa pandemik Covid-19 ini melanda negara kita, tetapi masyarakat digalakkan juga untuk tampil ke hadapan untuk membantu kerajaan dalam menguruskan perkhidmatan kesihatan kepada warga Malaysia. Masyarakat perlu disedarkan bahawa menderma darah adalah satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangnya.

Veerapan turut meminta masyarakat meneruskan sokongan padu kepada Pusat Darah Negara dan tabung darah di seluruh negara agar dapat membantu pihak hospital kerajaan mahupun swasta semasa pandemik Covid-19.

Saya ingin mengajak semua rakyat Negeri Sembilan, terutama yang masih belum menderma darah, mulakan langkah pertama anda dalam menjadikan amalan menderma darah secara berkala sebagai budaya gaya hidup sihat.

Para penderma darah perlu mengikut SOP yang ditetapkan dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi memastikan kesejahteraan diri amat penting. Semoga kita semua terus hidup bersama-sama dalam kedamaian dan harmoni.

YB Veerapan Superamaniam
Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan,
ADUN Repah,
Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan

14 Jun 2021

Show More

Related Articles

Back to top button