Berita

VEERAPAN: Kejadian kebocoran gas dalam ambulans sedang disiasat

PORT DICKSON: Kejadian kebocoran gas di dalam ambulans yang dipercayai menyebabkan seorang petugas farmasi Klinik Kesihatan (KK) Bukit Pelanduk meninggal dunia, sedang disiasat,” kata Exco Kesihatan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam.

“Dalam kejadian 9.10 pagi hari Khamis, tiga petugas membawa seorang rakan setugas mereka yang rebah di KK Bukit Pelanduk ke Hospital Port Dickson bagi rawatan lanjut dengan menaiki ambulans tersebut.

“Sejurus tiba di Hospital Port Dickson, didapati empat petugas itu pengsan dan salah seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia.

“Keadaan tiga petugas KK Bukit Pelanduk adalah stabil dan sedang mendapat rawatan rapi di hospital dan pada masa yang sama siasatan ke atas kejadian berkenaan turut dijalankan,” jelas Veerapan.

Veerapan berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca petugas farmasi itu meninggal dunia.

“Laporan awal juga mengesahkan petugas tersebut bebas dari jangkitan Covid-19 selepas swab test dilakukan.

“Saya ingin merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.

“Saya juga mendoakan agar tiga lagi petugas yang masih menerima rawatan agar pulih segera,” katanya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Encik Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa yang meninggal dunia merupakan lelaki berusia 29 tahun, manakala tiga lagi lelaki yang tidak sedarkan diri berusia 30-an.

 

Foto: Facebook YB Veerapan Superamaniam

Show More

Related Articles

Back to top button