Berita

Veerapan lancar operasi sanitasi meliputi 34 kawasan perumahan

TAMPIN: ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam, melancarkan Operasi Sanitasi Awam Nyah Kuman DUN Repah Fasa Kedua malam kelmarin.

Kali ini beliau sendiri terlibat secara langsung dalam operasi sanitasi apabila turut serta melakukan kerja-kerja semburan nyah kuman.

Veerapan berkata, kali ini operasi sanitasi awam nyah kuman dijalankan di Kampung Repah, Seri Repah, Ulu Yoh Baru, Dusun, Jalan Batu Belang, Madrasah Pekan Tampin, Taman Industri Ringan Meena Jaya, Taman Woon, Kawasan Air Kuning Selatan, Pekan Gemencheh, Kampung Baru Gedok, Taman Indah, Taman Bandar Utama, Taman Tampin, Pekan Tampin, Taman Gunung Mas, Taman Tampin Jaya, Rumah Rakyat Repah, Tampin Jaya, Taman Bahagia, Taman Bukit Tampin, Taman Ametist, Taman Woon, Taman Rasa Sayang, Taman Suria, Taman Hock Lee, Taman Clonlee, Taman Bukit Ria, Taman Batu Belang, Taman Minang, Taman Batu Belang Jaya, Taman Bukit Indah, Taman Tunku Besar Tampin dan Taman Clonlee 2.

“Perkembangan maklumat dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia setakat kelmarin menyatakan, bahawa jangkitan kes Covid-19 di seluruh negara semakin membimbangkan apabila mencatatkan kes tertinggi sejak pandemik melanda negara ini dengan 7,105 kes baharu dan kes kematian sebanyak 71.

“Perkembangan itu merekodkan jumlah kes aktif adalah 80,474 kes jangkitan dan menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 negara ini mencecah 579,462 kes.

“Unit Tindakan DAP Repah memberi sokongan padu dengan bekerjasama agensi kerajaan seperti Bomba, RELA, JPAM, Polis dan PKD untuk memastikan proses nyah kuman dibuat mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Saya amat bangga dan mengucapkan tahniah kepada anak muda DUN Repah yang sudi memberikan kerjasama sepenuhnya semasa operasi semburan sanitasi nyah kuman dijalankan, katanya.

Veerapan yang juga Exco Kesihatan Negeri Sembilan, mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Tindakan DAP Repah atas kesungguhan mereka untuk sama-sama membasmi dan memutuskan rangkaian penularan Covid-19.

“Saya cukup terharu dengan kepimpinan akar umbi yang begitu prihatin untuk sama-sama membantu dalam hal ini,” kata Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button