Berita

Veerapan nafi mesej tular pemberian vaksin ‘walk-in’ di Pantai

SEREMBAN: Exco Kesihatan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam menafikan mesej yang tular di media sosial yang meminta orang ramai hadir di Kompleks Dewan Komuniti Pantai, Seremban, pada 1, 2 dan 3 September; untuk menerima vaksin secara ‘walk-in’.

“Kerajaan Negeri memandang serius perkara tersebut yang disebarkan individu atau kumpulan tertentu yang tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Pejabat Kesihatan Daerah menafikan tidak membuat sebarang bentuk hebahan mengenai pemberian vaksin secara ‘walk-in’ dan percuma kepada warga asing.

“Individu yang dikenalpasti menular maklumat palsu akan dikenakan tindakan undang-undang,” kata Veerapan.

Veerapan yang juga Exco Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan memang mengadakan program ‘Outreach’ di Mukim Pantai, Seremban bermula pada 1, 2 dan 3 September.

“Program Outreach diadakan atas sebab tertentu, contohnya ada individu yang tidak mempunyai telefon pintar dan akses internet untuk mendaftar di aplikasi MySejahtera.

“Kompleks Dewan Komuniti Pantai hanya boleh menampung 50 orang dalam satu-satu masa dan pemberian vaksin di sini hanya untuk penduduk tempatan,” jelas Veerapan lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button