Berita

VEERAPAN: Parkir HTJ bakal dijadikan Hospital Hibrid

SEREMBAN: Parkir Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJ) bakal dijadikan sebagai hospital hibrid (hybrid hospital) bagi menempatkan pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Permohonan berkenaan telah mendapat kelulusan dari Kerajaan Persekutuan dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Seterusnya, pemilihan lokasi berkenaan dibuat berdasarkan rekod jumlah kes tertinggi di negeri ini adalah dari daerah Seremban, selain kelebihan hospital berkenaan yang memiliki kemudahan doktor pakar,” kata Exco Kesihatan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam.

Menurut Veerapan, kemudahan ICU bagi menempatkan pesakit Covid-19 juga sudah melebihi daripada kapasiti yang terdapat di negeri ini.

“Di HTJ kita ada sediakan 40 buah katil, di Hospital Tampin 10 katil dan di Hospital Jempol pula 10 katil.

“Kapasiti pengunaan katil ICU sudah penuh dan sebagai langkah proaktif bagi mengekang masalah ini, parkir di HTJ akan dijadikan sebagai hospital hibrid ICU menempatkan tambahan 10 lagi katil pesakit Covid-19,” jelas Veerapan.

Veerapan memohon orang ramai supaya memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mematuhi arahan pihak berkuasa supaya sentiasa mengamalkan SOP bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.

“Teruskan kawalan kendiri. Sentiasa amalkan 3W (wash, wear dan warn) dan elakkan 3S (tempat sempit, tempat sesak dan sembang dekat,” ujar Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button