Berita

Veerapan: Sambut Deepavali dengan skala sederhana

REPAH: Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, YB S.Veerapan menasihatkan rakyat Negeri Sembilan yang menyambut perayaan Deepavali pada tahun ini agar menyambutnya dengan sederhana mengikut kemampuan masing-masing.

“Pandemik Covid-19 memberi kesan yang besar dan mendalam kepada semua lapisan masyarakat.

“Justeru, ambil langkah berjimat cermat. Sambut perayaan Deepavali ini dalam skala sederhana mengikut kemampuan masing-masing.

“Patuhi SOP yang ditetapkan termasuk memakai pelitup muka (mask), sanitizer dan mengamalkan penjarakan sosial.

“Jika ada keperluan keluar rumah, hanya tiga orang dibenarkan dari satu keluarga. Jika tiada keperluan berkunjung ke tempat tumpuan orang ramai, elakkan perkara tersebut,” kata Veerapan yang juga ADUN Repah.

 

Show More

Related Articles

Back to top button