Berita

Veerapan santuni petugas PPV UiTM Rembau

Berkapasiti memberi suntikan vaksin kepada 1,002 orang sehari

REMBAU: Exco Kesihatan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UiTM Rembau, bagi meninjau proses vaksinasi di PPV tersebut.

Veerapan berkata, PPV UiTM Rembau mempunyai kapasiti untuk memberikan suntikan vaksin kepada kira-kira 1,002 penerima dalam sehari.

“Urusan proses vaksinasi, logistik dan fasiliti diuruskan sepenuhnya oleh pihak UiTM Rembau dengan penyelarasan bersama Jabatan Kesihatan Daerah.

“Jumlah petugas serta sukarelawan adalah cukup untuk memberikan perkhidmatan efesien kepada penerima vaksin.

“PPV ini juga menyediakan laluan secara sehala bagi mengelakkan pertembungan dan kesesakan orang ramai; selain menyediakan laluan khas kepada golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya(OKU).

“Maka proses vaksinasi berjalan dengan keadaan kondusif, selesa dan pantas,” ujar beliau.

35,000 individu telah menerima vaksin

Veerapan berkata setakat ini, secara anggaran PPV ini telah merekodkan sebanyak 35,000 orang telah menerima suntikan vaksin dan tiada bekalan vaksin bazir di PPV ini.

“Walaupun bekalan vaksin yang diterima oleh Negeri Sembilan agak kurang berbanding dengan bulan sebelumnya tetapi PPV ini masih meneruskan operasi sehingga kapasiti maksima kepada orang ramai.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan di setiap PPV yang masing-masing memainkan peranan dan memberikan kerjasama bagi mempercepatkan imuniti berkelompok di Negeri Sembilan,” kata Veerapan yang juga Exco Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button