Berita

Veerapan santuni petugas Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Hospital Tampin

TAMPIN: Exco Kesihatan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam, telah menyampaikan sumbangan air mineral sebanyak 20 karton kepada petugas Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Hospital Tampin.

“Sumbangan air mineral ini akan diserahkan kepada pengurusan Hospital Tampin setiap minggu mengikut permintaan.

“Semoga petugas ini sentiasa berada dalam keadaan sihat agar dapat menjalankan tugas mereka menjaga rakyat.

“Terima kasih kepada pengurusan Hospital Tampin di atas komitmen yang tinggi,” ujar Veerapan yang juga ADUN Repah.

Show More

Related Articles

Back to top button