Berita

Veerapan: Sentiasa bersihkan tempat pembiakan nyamuk

Kejadian semasa penyakit denggi di Negeri Sembilan

1. Bilangan kes Denggi yang didaftarkan di Negeri Sembilan pada minggu ke-31 (26 Julai 2020 hingga 1 Ogos 2020) adalah sebanyak 78 kes.

2. Kumulatif kes Denggi yang didaftarkan di Negeri Sembilan sehingga minggu Ke-31 (sehingga 1 Ogos 2020)    adalah sebanyak 1,903 kes berbanding 1,449 kes sehingga minggu yang sama tahun 2019.

3. Terdapat peningkatan kes sebanyak 31.3% berbanding tempoh yang sama tahun 2019.

4. Taburan kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan pada tahun 2020 adalah seperti berikut sebanyak 1,632 kes di daerah Seremban, 68 kes di daerah Port Dickson, 59 kes di daerah Rembau, 52 kes di daerah Jempol, 48 kes di daerah Tampin, 25 kes di daerah Jelebu dan 19 kes di daerah Kuala Pilah.

5. Tiada kematian denggi dilaporkan di Negeri Sembilan pada minggu semasa menjadikan kumulatif kematian denggi sebanyak 7 kes sehingga 1 Ogos 2020 (kadar kematian kes sebanyak 0.4%) berbanding 7 kes (Kadar kematian kes sebanyak 0.5%) pada tempoh yang sama bagi tahun 2019.

6. Pada 1 Ogos 2020, kumulatif lokaliti wabak yang masih aktif ialah sebanyak 45 lokaliti wabak dimana kesemua lokaliti wabak di daerah Seremban.

7. Aktiviti pencegahan dan kawalan telah diteruskan pada masa ini walaupun terdapat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang bermula pada 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020 dengan menjalankan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes ditumpukan di premis kediaman dan kawasan persekitaran, aktiviti larviciding, semburan pengasapan dan promosi kesihatan.

8. Masyarakat digalakkan untuk melaksanakan pembersihan kawasan premis masing-masing 10 minit setiap minggu dengan menghapuskan tempat-tempat atau bekas-bekas yang berpotensi bagi pembiakan nyamuk aedes sekaligus dapat mengekang penularan demam denggi.

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Veerapan A/L Superamaniam
Exco Kesihatan Kerajaan Negeri Sembilan

 

Jadual 1: Situasi Denggi Mengikut Daerah di Negeri Sembilan. 

Daerah Kes Minggu Semasa

 (Mg 31/2020)

Perbandingan Kes Secara Kumulatif

Sehingga Ke-31

% Peningkatan atau penurunan
2020 2019
Seremban 70 1,632(6) 1,178(5) 38.5%
Port Dickson 3 68 67(1) 1.5%
Jempol 2 52(1) 53(1) -1.9%
Tampin 0 48 70 -31.4%
Kuala Pilah 0 19 25 -24.0%
Rembau 0 59 27 118.5%
Jelebu 3 25 29 -13.8%
N.Sembilan 78 1,903(7) 1,449(7) 31.3%

 

*( ) : kematian

Show More

Related Articles

Back to top button