Berita

Veerapan: Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia 2021

Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia. Tema pada tahun ini yang adalah ‘Ecosytem Restoration’, iaitu ‘Pemulihan Ekosistem’.

Tema ‘Pemulihan Ekosistem’ ini bermaksud membantu memulihkan ekosistem yang telah mengalami kerosakan dan kehancuran, contohnya kerosakan yang datang dari pencemaran dan kemusnahan hutan. Pemilihan tema ini dapat diterjemahkan melalui aktiviti penananam pokok, menghijaukan bandar, membina semula kebun, membersihkan sungai dan pantai.

Hari Alam Sekitar Sedunia kali ini disambut dalam keadaan yang mencabar, oleh kerana kita sedang menempuhi fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, dalam usaha kita memerangi wabak Covid-19.

Saya dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan ingin mengajak dan mengalu-alukan anda semua untuk bersama-sama melakukan beberapa aktiviti di persekitaran kediaman masing-masing dengan menanam pokok, kitar semula bahan-bahan terpakai, mengumpul barang buangan elektrik dan elektronik isi rumah (household e-waste), menjaga kebersihan, tidak melakukan pembakaran terbuka dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh membantu kita memelihara dan memulihara alam sekitar di sekeliling kita.

Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan akan menganjurkan aktiviti yang berikut dengan kerjasama organisasi masing-masing, iaitu Webinar bertajuk ‘Ecosytem Restoration’; Kempen Tanam Pokok, Pengumpulan Barang Buangan Elektrik dan Elektronik isi rumah (household e-waste).

Aktiviti-aktiviti ini terbuka kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan. Maklumat lanjut berkenaan penganjuran aktiviti tersebut akan diwar-warkan kepada orang ramai melalui platform media sosial Facebook Jabatan Alam Sekitar.

Saya mewakili pihak EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, berharap agar kita semua dapat membudayakan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta menjadikan Negeri Sembilan Negeri Lestari. Semoga program yang dirancang ini akan mampu memberi manfaat kepada semua pihak khususnya buat rakyat di Negeri Sembilan.

Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia.

YB Veerapan Superamaniam,

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan,
ADUN Repah,
Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button