Berita

Veerapan: Selamat Hari Laut Sedunia

Selamat Hari Laut Sedunia atau World Ocean Day diperingati pada 8 Jun setiap tahun.

Tema Hari Laut Sedunia tahun ini bertajuk ‘The Ocean: Life and Livelihoods’ atau ‘Samudera: Kehidupan dan Sumber Penghidupnya’.

Tema ini menampakkan pentingnya ekosistem laut dan peranannya untuk manusia.

Di masa pandemik Covid-19, peringatan Hari Laut Sedunia tidak dapat disambut secara besar-besaran, tetapi orang ramai perlu menyedari kepentingan lautan terhadap kehidupan manusia dan planet bumi.

Hari Lautan Sedunia merupakan salah satu inisiatif seluruh masyarakat dunia bagi menghargai serta merancakkan usaha bagi melindungi planet bumi.

Metafora lautan boleh di ibaratkan sebagai jantung kepada bumi; lautan bertindak sebagai penghubung antara manusia dan daratan serta seluruh dunia tanpa mengira di mana kita berada.

Selain dari menstabilkan iklim bumi, menyediakan sumber makanan kepada jutaan manusia setiap tahun dan menghasilkan oksigen, lautan juga merupakan habitat utama kepada pelbagai hidupan lautan, yang banyak membiak di terumbu karang juga merupakan sumber kepada ubat-ubatan yang menghasilkan pelbagai manfaat kepada manusia.

Oleh itu, bagi menjamin kesihatan dan keselamatan masyarakat kini dan generasi akan datang, kita hendaklah menjaga lautan sebagaimana lautan memainkan peranannya selama ini terhadap kita.

Marilah bersama-sama menjaga, melindungi dan menghargai laut.

Selamat Hari Laut Sedunia

YB Veerapan Superamaniam,
Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan,
ADUN Repah,
Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan.

8hb Jun 2021

Show More

Related Articles

Back to top button