Berita

Veerapan: Selamat Hari Wesak, semoga kita hidup dalam kedamaian dan harmoni

Hari Wesak kali ini disambut dalam keadaan yang mencabar oleh kerana kita sedang menempuh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, dalam usaha kita memerangi wabak Covid-19.

Sambutan ini sudah tentu akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, walaupun pada masa yang sama pandemik Covid-19 sedang mengancam kehidupan normal kita.

Hari Wesak adalah waktu untuk semua penganut agama Buddha menghayati nilai toleransi, kasih sayang dan khidmat kepada kemanusiaan, yang terkandung dalam ajaran dan kehidupan Buddha.

Seterusnya, hari ini juga membuktikan prinsip dan amalan beragama sentiasa dihormati dan dihayati seluruh rakyat Malaysia.

Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak bersama kepada semua penganut Buddha di Malaysia dan Negeri Sembilan khususnya.

Semogadan kita semua terus hidup bersama-sama dalam kedamaian dan harmoni.

Selamat Hari Wesak.

YB Veerapan Superamaniam,
Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan,
ADUN Repah,
Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan.

26 Mei 2021

Show More

Related Articles

Back to top button