Berita

VEERAPAN: Semarakkan sambutan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang

REPAH: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini, ADUN Repah YB Veerapan Superamaniam mengedarkan 200 bendera Malaysia dan Negeri Sembilan kepada pengurusan MPKK, KRT di DUN Repah

Veerapan berkata, bendera turut diedarkan kepada wakil komuniti dari perkampungan Orang Asli Taman Tasik Tampin, Pondoi Ulu dan Tebong Pasir.

“Setiap warga Negeri Sembilan digalakkan bersama-sama menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan mengibar Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sembilan.

“Kini negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19. Marilah kita bersatu padu menunjukkan semangat patriotik dan menghadapi wabak ini dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Orang ramai perlu sedar tentang kepentingan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta jaga kebersihan diri dan keluarga masing-masing,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button