Berita

Veerapan sumbang 1,651 naskhah buku kepada tujuh SJKT di Parlimen Tampin

REPAH: ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam telah menyumbang 1,651 naskhah Buku Latihan Tahun 6 kepada tujuh buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di dalam Parlimen Tampin.

Sekolah-sekolah tersebut ialah SJKT Tampin, SJKT Ladang Repah, SJKT Ladang Regent, SJKT Air Kuning Selatan, SJKT Ladang Bukit Kledek, SJKT Gemas dan SJKT Ladang Sungai Kelamah.

“Pendidikan adalah suatu hak asasi setiap warganegara. Ilmu dan pengetahuan adalah penyuluh masa depan setiap individu.

“Oleh itu, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sentiasa mengutamakan pendidikan warga Negeri Sembilan.

“Pelbagai program pendidikan dilaksanakan untuk murid-murid dan pelajar khususnya dalam menyediakan bahan bacaan serta latihan.

“Maka, besarlah harapan kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan untuk mencapai matlamat ini,” kata Veerapan.

Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan berkata, guru juga memainkan peranan yang penting sebagai pendidik bagi memastikan pelajar dididik dengan baik serta berkualiti.

“Semoga pemberian sumbangan buku latihan ini kepada para pelajar sekolah tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan penilaian, dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” ujar Veerapan.

Majlis penyerahan buku latihan kepada sekolah ini diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah.

Show More

Related Articles

Back to top button