Berita

Veerapan sumbang 18 unit penapis air mineral kepada sekolah dan ‘frontliners’

REPAH: ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam telah menyumbangkan 18 unit penapis air mineral berjenama FT Aquas kepada 13 buah sekolah di DUN Repah, Balai Polis Tampin, Hospital Tampin, Balai Bomba dan Penyelamat Tampin.

“Air merupakan sumber minuman kepada manusia mahupun hidupan yang lain untuk meneruskan hidup. Apabila tubuh badan kekurangan air ia akan menyebabkan mekanisme badan menjadi letih dan tidak bermaya, kesan dari dehidrasi.

“Justeru itu, kita harus minum air yang bersih, sihat dan asli, supaya proses penyingkiran bahan toksik dalam badan dapat berfungsi dengan tahap optimum,” kata Veerapan.

“Air yang bersih memainkan peranan yang amat penting sebagai penyuling dan pencuci yang terbaik terhadap toksin di dalam badan kita,” ujar Veerapan yang juga Exco Alam Sekitar, Kesihatan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

Veerapan berkata, sumbangan ini juga diberikan kepada sekolah bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar untuk meminum air yang bersih dan berkualiti.

Show More

Related Articles

Back to top button