Aktiviti

Veerapan sumbang 200 buku kepada sembilan sekolah rendah

Galak pelajar minat membaca

REPAH: ADUN Repah, YB S.Veerapan menyumbang 200 buah buku cerita kepada sembilan sekolah rendah Cina dan Tamil di DUN Repah.

“Saya berharap buku-buku cerita ini dapat memenuhkan perpustakaan sekolah dan memberi manfaat kepada para pelajar sekolah.

“Tujuan pemberian sumbangan buku cerita ini ialah untuk menggalakkan minat pelajar untuk membaca dan secara tidak langsung mengasah kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda,” kata Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan.

Veerapan diwakili oleh Pegawai Khas beliau, Encik Chin Kee Sieng dan Pengerusi MPKK Kampung Baru Tampin, Encik Phang Shao Chang dalam majlis penyerahan buku cerita tersebut di Pejabat Rukun Tetangga Taman Indah Tampin

Sekolah yang menerima sumbangan buku cerita ini adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tampin, SJKT Ladang Regent, SJKT Ladang Repah, SJKT Air Kuning, SJKT Sungai Kelamah, SJKT Gemas, SJKT Bukit Kledek, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Baru Tampin dan SJKC Chung Hua Tampin.

Sekolah tersebut menerima buku cerita Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Show More

Related Articles

Back to top button