Aktiviti

Veerapan sumbang ‘Beg Makanan’ kepada 500 keluarga Islam kurang berkemampuan

TAMPIN: ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam mengagihkan ‘Beg Makanan’ kepada 500 keluarga beragama Islam yang kurang berkemampuan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di DUN Repah.

“Beg makanan ini diagihkan melalui MPKK dan KRT, berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Diharapkan usaha ini mampu meringankan beban keluarga tersebut sempena sambutan Aidilfitri,” ujar Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button