Berita

Veerapan sumbang ‘Duit Deepavali’ kepada 30 keluarga kurang kemampuan

REPAH: ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 30 keluarga kurang berkemampuan sempena perasmian Karnival Deepavali Tampin di Tampin Square.

“Saya telah menyampaikan ‘Duit Deepavali’ kepada 30 keluarga Hindu yang kurang berkemampuan dari DUN Repah.

“Diharapkan sumbangan kewangan ini sedikit sebanyak meringankan perbelanjaan menjelang Deepavali tidak lama lagi,” kata Veerapan.

Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan turut menegaskan kepada orang ramai bahawa walaupun sudah terima vaksin lengkap, ini tidak bermakna tidak boleh dijangkiti Covid-19.

“Rakyat Negeri Sembilan diingatkan terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Turut hadir, Exco Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong; Exco Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional, YB Choo Ken Hwa: Pegawai Daerah Tampin, Puan Suhaiza Sharudin; Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Anuwal Ab Wahab dan Ketua Balai Bomba Tampin, Tuan Mohd Mohd Ali.

Program ini anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah dengan Kerjasama Persatuan Kebajikan Prihatin Gemencheh (GRACE) Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button