Aktiviti

Veerapan sumbang ‘Hand Sanitizer’ kepada lima kuil di Tampin

Turut menyumbang lima alat pengesan suhu badan

TAMPIN: Dalam usaha membendung dan mencegah penularan wabak Covid-19 termasuk di rumah ibadat, ADUN Repah, YB S.Veerapan menyumbang lima set cecair pembasmi kuman (Hand Sanitizer) dan alat pengesan suhu badan kepada lima buah kuil di sekitar Tampin.

Dalam majlis ringkas di Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah, Cik S.Yamuna, Pegawai Khas kepada Veerapan menyerahkan ‘Hand Sanitizer’ dan alat pengesan suhu badan kepada wakil Kuil Sri Mariamman, Kuil Muniswaran, Kuil Ladang Repah, Kuil Vel Murugan Taman Indah dan Kuil Vinayagar Tampin.

“Saya ingin menasihatkan pengurusan kuil mematuhi semua garisan panduan atau SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan,” kata Yamuna mewakili Veerapan..

Foto: Santha

Show More

Related Articles

Back to top button