Aktiviti

Veerapan sumbang ‘pek makanan’ kepada 200 ‘frontliners’

TAMPIN: ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam menyumbang 200 bungkusan makanan untuk petugas barisan hadapan (frontliners) di DUN Repah.

Veerapan berkata, sumbangan tersebut disalurkan kepada ‘frontliners’ yang terdiri dari kakitangan Hospital Tampin, Balai Polis Tampin, Pejabat Trafik Polis Tampin, Angkatan Pertahanan Awam Tampin, Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Majlis Daerah Tampin, Pejabat RELA Tampin dan Pejabat Kesihatan Tampin.

“Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat menggembirakan para ‘frontliners dan semoga mereka juga dapat mengawal keadaan persekitaran semasa dengan baik dan memantau penduduk Tampin,” kata Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button