Berita

Veerapan sumbang RM10,000 kepada SJKT Ladang Air Hitam, Jempol

JEMPOL: Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam telah menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Pertubuhan Bekas Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Air Hitam, Bandar Jempol.

Veerapan berkata, sumbangan Kerajaan Negeri ini akan digunakan untuk kerja-kerja menaik taraf kemudahan seperti makmal komputer dan bilik gerakan aktiviti pelajar, agar memudahkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

“Hasrat Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan adalah meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini.

“Ini termasuk dalam bidang sains, teknologi, penguasaan Bahasa Inggeris dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di kalangan pelajar.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu pentadbiran sekolah demi meningkatkan kemudahan pembelajaran kepada pelajar agar mereka cemerlang dalam pendidikan,” ujar Veerapan.

Veerapan berkata, bidang pendidikan sangat penting untuk anak-anak, bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan keluarga, komuniti, masyarakat mahupun negara.

Show More

Related Articles

Back to top button