Berita

Veerapan sumbang RM16 ribu kepada masjid dan surau DUN Repah

REPAH: Tujuh masjid dan 19 surau dari DUN Repah telah menerima jumlah sumbangan sebanyak RM16,000 dari ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam.

Veerapan berkata, sumbangan yang disampaikan bertujuan bagi melaksanakan program dan aktiviti yang berfaedah di masjid serta surau sepanjang tahun ini.

“Masjid dan surau menjadi sebagai agen sosial dalam sesebuah masyarakat tempatan. Peranan masjid dan surau perlu diperkasakan secara optimum bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.

“Masjid dan surau di DUN Repah sering digunakan untuk program pemberian sumbangan, ini ialah kerana bukan semua masyarakat mampu hadir ke Pusat Khidmat Rakyat ADUN.

“Oleh itu institusi masjid dan surau memainkan peranan penting dalam perlaksanaan tanggungjawab sosial,” ujar Veerapan.

Veerapan juga merupakan Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button