Berita

Veerapan sumbang RM30 ribu kepada MPKK dan KRT DUN Repah

REPAH: ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam menyumbang dana kewangan sejumlah RM30,000 kepada lapan MPKK dan tujuh KRT di DUN Repah.

Veerapan berkata, lapan MPKK di DUN Repah telah menerima sebuah khemah bersaiz 20 X 20 kaki dan peruntukan RM2,000 kepada setiap MPKK.

“Di samping itu, tujuh KRT di DUN Repah menerima tiga jenis mesin iaitu mesin pemotong rumput, mesin sedut sampah dan mesin pemotong kayu (Wood Chainsaw) dan dana kewangan sebanyak RM2,000.

“Objektif program ini adalah untuk meningkatkan prestasi dan mutu perkhidmatan MPKK dan KRT kepada masyarakat kawasan masing-masing.

“Secara tidak langsung, ia juga akan menaikkan imej Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan,” kata Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

Veerapan berkata demikian dalam Program Penyampaian Sumbangan Barangan Peralatan Khemah kepada MPKK dan Peralatan Gotong-Royong kepada KRT kawasan DUN Repah di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah, Taman Indah, Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button