Berita

Veteran tentera Felda Jelai 1 disantuni Aishah

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman@Otman telah menyantuni tujuh veteran angkatan tentera di Felda Jelai 1.

“Sempena Hari Pahlawan baru-baru ini, saya telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan pek makanan kepada tujuh veteran angkatan tentera di Felda Jelai 1.

“Salah seoramg daripada mereka ialah Encik Abdul Malek Abd Hamid, 70, yang uzur akibat sakit tua,” ujar Siti Aishah.

Encik Abdul Malek mengucapkan terima kasih di atas kunjungan Siti Aishah dan menyatakan ini kali pertama Penyelaras DUN Gemas datang menziarahi beliau dan menyampaikan sumbangan.

Show More

Related Articles

Back to top button