Berita

Waktu operasi Pejabat Ahli Parlimen Rasah disingkatkan sementara waktu

RASAH: Mulai hari ini (1 Jun) sehingga 14 Jun 2021, Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Rasah akan beroperasi dari 10 pagi hingga 3 petang (Isnin sehingga Jumaat).

Menurut Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin, waktu operasi disingkatkan selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (total lockdown) kali ini; bilangan kakitangan yang bertugas juga dikurangkan.

“Tujuan utama kami masih beroperasi secara fizikal adalah kerana ada orang awam yang memerlukan saya untuk menandatangani dokumen, ada yang memerlukan bantuan barangan dapur atau khidmat nasihat secara bersemuka.

“Kami beroperasi di alamat baru iaitu No.531, Tingkat Bawah, Jalan Haruan 4/6, Pusat Komersial Oakland, 70300 Seremban.

“Kami beroperasi dengan pematuhan SOP yang ketat, termasuk:

i) Memakai pelitup muka (mask),
ii) Pengimbas (Scanner) MySejahtera,
iii) Penyukat suhu badan,
iv) Mewajibkan penjarakan sosial 1 meter,
v) Tidak bersalaman atau bersentuhan,
vi) Hanya tujuh orang sahaja dalam ruang pejabat
vii) Ada pemisah jenis lutsinar.

“Selain berkunjung ke Pusat Khidmat Rakyat pada waktu yang dinyatakan, anda juga boleh menghubungi kami di talian pejabat 06-601 5557 (waktu pejabat yang dinyatakan) atau YB Cha Kee Chin (012-666 4557) atau Saudara HK Lee (012-621 6656) untuk sebarang pertanyaan.

Cha berkata demikian dalam satu kenyataan media berhubung waktu operasi pejabatnya susulan PKP 3.0 yang lebih ketat bermula hari ini sehingga 14 Jun ini.

Show More

Related Articles

Back to top button