Aktiviti

Wan Hasni: Golongan asnaf tidak dipinggirkan

Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan komited bantu golongan kurang kemampuan

JERAM PADANG: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun sentiasa prihatin dan mengambil berat nasib yang dialami oleh golongan miskin, anak-anak yatim, orang kurang upaya, ibu tunggal dan semua golongan yang tidak berkemampuan dalam memenuhi hasrat pembangunan negara.

Kata Yang DiPertua Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri (BAKRIYAH), YABhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof dalam ucapan perasmian Majlis Ikatan Kasih Yang DiPertua BAKRIYAH Bersama Asnaf Wanita DUN Jeram Padang di Dewan Tan Sri Yusof Nor, Felda Palong 2.

“Kerajaan Negeri akan memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara.

“Melalui Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2020 yang bersesuaian dengan motonya “Melestari Ekonomi, Menyejahtera Rakyat” Kerajaan Negeri Sembilan telah melaksana pelbagai dasar sedia ada dan dasar baru bagi memastikan setiap wang ringgit yang dibelanjakan akan sampai kepada sasarannya.

“Di antara dasar-dasar yang sedang dilaksanakan bagi membantu golongan kurang berkemampuan ini ialah seperti bantuan Ibu Tunggal (C4U), Bas Percuma, Bantuan Anak Sekolah, Bantuan Am Orang Kurang Upaya, i-Suri, Food Bank dan pelbagai inisiatif lagi,” katanya.

Wan Hasni berkata, semua inisiatif ini dilaksanakan berdasarkan atas kesedaran dan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk memastikan golongan ini menikmati kesejahteraan kehidupan dan tidak dipinggirkan.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sentiasa sedar bahawa terdapat sebilangan masyarakat yang kurang berkemampuan yang perlu dibantu.

“Kerajaan Negeri amat komited di dalam usaha membantu bagi memastikan golongan yang kurang berkemampuan ini dapat terus menikmati kehidupan yang lebih baik,” ujar beliau.

Wan Hasni dan Ahli Jawatankuasa BAKRIYAH serta Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkesempatan menziarahi dua buah keluarga asnaf iaitu Puan Jeliah Ali dan Puan Maimunah Kasim di Felda Palong 1.

Pertandingan memasak juga diadakan untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Musliadi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan menjayakan program ini.

Show More

Related Articles

Back to top button