Berita

Wanita KeADILan Negeri Sembilan bantu mangsa banjir Rasah

RASAH: Wanita KeADILan Negeri Sembilan dan Wanita KeADILan Cabang Rasah telah turun padang ke Kampung Dato’ Mansor tengahari ini, untuk menyantuni dan membantu mangsa banjir.

Diketuai oleh Puan Amni Idris yang merupakan Ketua Wanita KeADILan Negeri Sembilan dan Ketua Wanita KeADILan Cabang Rasah; Wanita KeADILan telah menyumbang tilam, tilam toto, selimut dan bekalan makan tengahari kepada lebih 10 keluarga yang terlibat dengan banjir.

“Adalah sangat diharapkan agar mangsa banjir tersebut dapat menempuh dugaan.

“Jaga kebersihan dan juga utamakan SOP Covid-19.

“Wanita KeADILan¬† akan membantu sedaya mungkin dengan kerjasama agensi yang terlibat untuk membantu mereka yang terlibat dengan banjir ini,” kata Amni.

Amni berkata, pihaknya juga sedang gerakkan sukarelawan untuk mengumpulkan pakaian untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Turut hadir Ketua Penerangan Wanita KeADILan Negeri Sembilan, Puan Noraini Nordin; Setiausaha KeADILan Cabang Rasah, Puan Norlida Idris dan Timbalan Ketua Wanita KeADILan Cabang Seremban, Puan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.

Show More

Related Articles

Back to top button