Berita

Wanita Keadilan Negeri Sembilan ikrar teguh bersama parti

SEREMBAN: Kepimpinan Wanita Keadilan Negeri Sembilan hari ini berikar akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Keadilan; kata Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan, Puan Azlinah Zamli dalam sidang media khas yang diadakan di Akademi AHSAN, Gedung Lalang, Ampangan sebentar tadi.

Azlinah berkata Wanita Keadilan Negeri Sembilan menerima keputusan Bekas Timbalan Ketua Wanita Keadilan Pusat, YB Dr.Daroyah Alwi yang meninggalkan Keadilan pada 13 Jun lepas.

Azlinah (tiga kiri) mewakili Wanita Keadilan Negeri Sembilan berikrar akan berdiri teguh bersama Keadilan.

“Pemimpin datang dan pergi, namun kami Wanita Keadilan Negeri Sembilan menolak sekeras-kerasnya sebarang pengkhianatan di dalam Keadilan kerana mereka ini ibarat duri dalam daging kepada struktur organisasi parti.

“Kami Wanita Keadilan Negeri Sembilan tidak akan sesekali berundur, malah akan terus membulatkan tekad demi mencapai matlamat asas perjuangan parti.

“Wanita Keadilan akan terus memacu ke hadapan dengan membudayakan politik nilai khususnya di Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Pengerusi Negeri, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun dan Presiden Parti, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” ujar Azlinah.

 

 

Azlinah berkata Wanita Keadilan Negeri Sembilan akan menerima dengan hati yang terbuka, siapa saja yang dipilih oleh kepimpinan pusat bagi memangku jawatan Ketua Wanita Keadilan Malaysia sekiranya dipersetujui oleh presiden parti.

Wanita Keadilan Negeri Sembilan turut menyatakan sokongan penuh kepada Dato’ Anwar dan Dato’ Seri Aminuddin.

Azlinah juga berkata beliau selalu Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan dan kepimpinan Wanita Keadilan Negeri Sembilan termasuk tujuh Ketua Wanita Cabang berikrar untuk terus kekal setia bersama parti Keadilan.

Turut hadir Timbalan Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan, Puan Rusnani Saring; Naib Ketua Wanita Negeri, Puan Amni Idris; Setiausaha Wanita Negeri, Suliana Khalid dan Ketua Penerangan Wanita Negeri, Rahimah Ahmad.

Show More

Related Articles

Back to top button