Aktiviti

Wanita KeADILan santuni pejuang Reformis 98

Jamilah, 60, kini sakit tulang belakang

KUALA PILAH: Wanita KeADILan Negeri Sembilan telah mengadakan sebuah program ‘Ziarah Kasih Wanita KeADILan Negeri Sembilan’ dengan menyantuni seorang aktivis Reformis 98, Puan Jamilah Lani di Taman Waja, Kuala Pilah.

Diketuai oleh Ketua Wanita KeADILan Negeri Sembilan, Puan Amni Idris; seramai 20 Ahli Jawatankuasa Wanita KeADILan Kuala Pilah menziarahi Jamilah yang kini berusia 60 tahun..

“Program ini bukan sahaja menjalinkan hubungan anggota KeADILan baharu dan lama tetapi juga dapat berkongsi ilmu dan pengalaman selaras dengan misi memperteguhkan lagi kubu parti ini khasnya di Kuala Pilah.

“Sambil menyantuni Puan Jamilah, seorang pejuang lama, kehadirankami pada hari ini berjaya membentuk satu persepakatan dalam suasana lebih harmoni.

“Tahniah kepada Wanita KeADILan Kuala Pilah yang berjiwa besar yang sentiasa mendahului kepentingan parti demi misi yang cemerlang dan kekal teguh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti,” kata Amni.

Amni turut menyerahkan sumbangan kewangan Wanita KeADILan Kuala Pilah kepada Jamilah.

Jamilah yang juga pesara Pembantu Pengurusan Murid, ibu kepada orang dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan serta mempunyai seorang cucu.

“Jamilah mengalami sakit tulang belakang sejak tahun April 2017. Seminggu sekali Jamilah akan berulang alik ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan susulan.

“Beliau pernah menjadi Setiausaha Wanita KeADILan Cabang Kuala Pilah pada tahun awal penubuhan KeADILan di Kuala Pilah.

“Semoga sumbangan kewangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan beliau,” ujar Amni lagi.

Turut bekerjasama menjayakan program ini ialah Cabang KeADILan Kuala Pilah dan Pejabat Penyelaras DUN Seri Menanti.

Kenalan yang mahu menziarahi Puan Jamilah boleh menghubungi beliau di talian 017-695 4058.

Turut hadir Bendahari Wanita KeADILan Negeri Sembilan, Puan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman; Ketua Penerangan Wanita KeADILan Negeri merangkap Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Puan Noraini Nordin; Setiausaha KeADILan Wanita Negeri, Puan Norlida Idris dan Ketua Wanita KeADILan Seremban, Puan Kamariah Mohd Noordin.

Naib Ketua Wanita KEADILan Cabang Kuala Pilah, Puan Noorzunita Begum Mohd Ibrahim dan Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

Show More

Related Articles

Back to top button